Sehingga semalam, 109 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi di Yaman.
Menurut laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat dalam tempoh 10 hari serangan udara terbabit turut mengorbankan 54 orang awam di sebuah pasar dan mengakibatkan sebuah keluarga seramai 14 orang di sebuah ladang maut.
Bagaimanapun tentera pakatan yang disertai Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara lain itu menafikan dakwaan PBB terbabit dan menuduh PBB cuba memihak kepada kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran.
Laporan PBB menyebutkan serangan udara telah dilancar tentera pakatan di sebuah pasar yang sibuk di daerah Attaziah hingga mengorabnkan 54 orang dan mencederakan 32 yang lain.
Lapan daripada yang maut dan enam yang cedera disahkan sebagai kanak-kanak.
Pada hari sama satu lagi serangan udara dilancarkan di sebuah ladang di daerah Hodeidah dan mengorbankan 14 sekeluarga.
Dalam serangan berasingan yang tidak dinyatakan lokasinya, 41 orang awam maut dan 43 yang lain cedera sejak siri serangan itu bermula.
Jurucakap Hak Asasi Manusia PBB, McGoldrick berkata ia adalah bukti jelas tentera pakatan telah mengabaikan nilai kemanusiaan.
"Insiden-insiden ini membuktikan sepenuhnya tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi tidak menghiraukan kehidupan manusia dengan melancarkan serangan berterusan yang tidak masuk akal.
"Ini hanya akan mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan rakyat Yaman serta kempen terbaharu tentera terbabit jelas satu yang sia-sia," jelas McGoldrick.
Tambahnya di bawah undang-undang antarabangsa, pihak yang bertelagah atau berperang harus mesti keselamatan orang awam dan infrastruktur awam.
Agensi
Thu Dec 28 2017
Laporan PBB menyebutkan serangan udara telah dilancar tentera pakatan di sebuah pasar yang sibuk di daerah Attaziah. - Reuters
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.