DUNIA
12 maut akibat kebakaran saluran paip di Nigeria

Keadaan di lokasi di mana berlaku letupan dan kebakaran saluran paip di Emuoha, selatan Rivers, Nigeria, 3 Mac 2023. (Foto AP)
MAIDUGURI (Nigeria): Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh pada Jumaat selepas letupan dan kebakaran saluran paip berlaku berhampiran kilang penapisan minyak haram di Nigeria, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakap polis Grace Iringe-Koko berkata letupan berlaku ketika mangsa sedang mencuri minyak mentah dari saluran paip di kawasan terpencil Emuoha di selatan Rivers State.
Pihak polis mendapati letupan itu mempunyai kaitan dengan aktiviti mencuri minyak, katanya kepada wartawan.
Menurut penduduk angka korban lebih ramai berbanding jumlah yang diberikan oleh polis."Kira-kira 20 orang, kesemua beliau, terbunuh dalam kejadian itu. Kami tidak dapat pergi ke sana kerana sekatan keselamatan," kata Clement Kekemo kepada Anadolu.
Aktiviti mencuri minyak dan penapisan haram adalah perkara biasa di wilayah Niger Delta, kata jurutera petroleum di kawasan itu, Yahaya Adebisi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami