awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, puluhan cedera bas terbakar

Bernama
Bernama
08/10/2022
09:15 MYT
12 maut, puluhan cedera bas terbakar
Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk manakala siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Gambar/ Twitter @ CMO Maharashtra
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbakar di barat Maharashtra India, lapor Agensi Anadolu.
Polis memaklumkan bas berkenaan terbakar selepas melanggar sebuah trak di Nashik pada awal Sabtu.
"Lebih 30 lagi berjaya diselamatkan dan mereka yang cedera telah dirawat serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil," kata pegawai kanan polis Amol Tambe.
Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk manakala siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.
Perdana Menteri Narendra Modi menzahirkan dukacita atas tragedi itu.
"Saya turut bersedih bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mereka yang cedera dapat pulih secepat mungkin," katanya.
Pentadbiran tempatan turut menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang terjejas, katanya.
Modi turut mengumumkan pampasan kepada saudara-mara si mati dan mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas terbakar
#India
#kemalangan bas
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan