awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 terbunuh, 48 cedera dalam siri pengeboman bunuh diri di Nigeria

Agensi
Agensi
18/01/2018
02:08 MYT
12 terbunuh, 48 cedera dalam siri pengeboman bunuh diri di Nigeria
Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di pasar itu. - Gambar REUTERS
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 48 yang lain cedera selepas sekumpulan pengebom bunuh diri meletupkan diri di tengah pasar di Bandar Utara Maiduguri, Nigeria.
Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian serangan tersebut berlaku pada petang Rabu selepas beberapa individu yang disyaki penyerang memasuki pasar berkenaan.
Seorang daripada mereka meletupkan diri di tengah kesibukan pasar tersebut manakala yang lain meletupkan diri di luar pasar.
Ketua Operasi Penyelamat Badan Pengendalian Darurat Nigeria Bello Dambatta berkata, penyerang bunuh diri yang meletupkan diri di tengah pasar tersebut adalah wanita manakala yang lainnya adalah lelaki.
Beberapa siri serangan sebelum ini telah dilancarkan oleh puak pemberontak Boko Haram di lokasi-lokasi penting kerajaan dan tumpuan orang awam.
Boko Haram, yang dibentuk di Maiduguri, telah membunuh lebih daripada 20,000 orang dalam pemberontakan sembilan tahun.
Topic Berkaitan
#cedera
#haram
#kerajaan
#lelaki
#mati
#Nigeria
#operasi
#serangan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan