Skip to main content

Malaysia

Raja Permaisuri Agong disembah maklum persediaan COP31

Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Arthur bagi menyembah maklum persediaan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke persidangan iklim COP31 di Turkiye. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Arthur bagi menyembah maklum persediaan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke persidangan iklim COP31 di Turkiye. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah semalam berkenan menerima menghadap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap berkenaan bertujuan menyembah maklum perancangan serta persediaan rapi berhubung keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31) di Antalya, Turkiye pada 19 Nov ini.

Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Pengerusi Johor Sustainability Centre Datuk Seri Utama Ir Hasni Mohammad.

Advertisement

Persidangan antarabangsa yang berlangsung dari 9 hingga 20 Nov ini menghimpunkan para pemimpin serta delegasi daripada pelbagai negara dalam menggembleng usaha menangani isu-isu iklim global.

-- BERNAMA

Advertisement

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement