awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

156 kematian dicatatkan di Gaza pada hari keenam

APTN
APTN
13/07/2014
02:05 MYT
156 kematian dicatatkan di Gaza pada hari keenam
Israel turut mengeluarkan amaran kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan semenanjung Gaza. - Gambar fail
Masuk hari keenam, tentera Zionis Israel memperhebatkan serangannya ke atas Gaza dengan mencatat 156 kematian pada saat tekanan antarabangsa diberi agar satu gencatan diisytihar segera.
Israel turut mengeluarkan amaran kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan semenanjung Gaza seandainya mahu selamat.
Ia sekali gus petanda aktiviti ketenteraan Israel akan dipertingkat.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Gaza meminta penduduk tidak keluar dari rumah masing-masing dan menganggap arahan itu hanya perang psikologi yang mahu mengelirukan penduduk Gaza sendiri.
Dalam pada itu, sehingga lewat petang Sabtu, puluhan lagi bom digugurkan di Gaza.
Pada hari kelima serangan, 16 rakyat Palestin yang terbunuh menjadikan jumlah 121 orang terkorban sepanjang serangan tercetus.
Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, serangan terbaru mengakibatkan tiga terbunuh di kejiranan Tufah, timur Bandar Gaza.
Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, dan tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.
Empat lagi dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.
Dalam pada itu, Hamas turut meningkatkan serangan ke kawasan Israel
Sistem pertahanan Iron Dome yang dibangunkan Israel juga berjaya memintas 130 roket Hamas.
Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan keganasan.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#israel. gaza
#mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan