Skip to main content

Dunia

16 maut bangunan kediaman runtuh di Aleppo

51674442033_SheikhMaksoudneigh.jpg
DAMSYIK: Seramai 16 orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera pada Ahad selepas bangunan kediaman runtuh di wilayah Aleppo, utara Syria, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SANA.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, bangunan kediaman lima tingkat itu menempatkan tujuh keluarga dan terletak di kawasan kejiranan Syeikh Maksoud yang majoriti penduduknya Kurdish.

Bangunan itu runtuh akibat kebocoran air yang telah menjejaskan struktur asasnya.

-- BERNAMA




Advertisement

Must Watch Video