Skip to main content

Dunia

17 cedera, lima kritikal selepas dua kereta api bertembung di Denmark

Two trains have collided between Hilleroed and Kagerup at Isteroedvejen, Thursday, April 23, 2026. Kagerup is located on the Gribskov Line between Hilleroed and Helsinge. Ritzau Scanpix/Steven Knap via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. DENMARK OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN DENMARK.
Sebanyak 12 yang lain cedera ringan apabila dua kereta api bertembung pada awal Khamis di landasan kereta api antara bandar Hillerød dan Kagerup, utara Copenhagen. - Foto REUTERS

STOCKHOLM: Lima dalam keadaan kritikal pada Khamis selepas dua kereta api berlanggar di Denmark, menurut perkhidmatan kecemasan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sebanyak 12 yang lain cedera ringan apabila dua kereta api bertembung pada awal Khamis di landasan kereta api antara bandar Hillerød dan Kagerup, utara Copenhagen.

Advertisement

Anders Damm-Hejmdal, ketua doktor di Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Greater Copenhagen, berkata pada sidang akhbar, tahap kecederaan mungkin berubah: "Kami belum mempunyai gambaran yang tepat. Dalam kemalangan seperti ini, orang ramai tercampak dan boleh cedera dalam pelbagai cara."

Pesuruhjaya Polis Morten Pedersen berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas.

“Kami belum boleh menyatakan apa-apa lagi mengenai punca kemalangan itu,” katanya. 

"Kami kini sedang mengumpul semua maklumat yang mungkin tentang bagaimana kemalangan itu berlaku, akan ada siasatan yang menyeluruh."

Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson menyatakan sokongan untuk negara jiran itu.

“Saya menghubungi Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen pagi ini dan menawarkan bantuan Sweden dalam menangani kemalangan kereta api tragis itu,” kata Kristersson kepada agensi berita Sweden TT.

Datuk Bandar Gribskov di Denmark, Trine Egetved, memberitahu penyiar DR beliau terkejut (mengetahui insiden itu). "Dua kereta api tidak sepatutnya berlanggar. Ini mengejutkan dan kita mesti memastikan ia tidak akan berlaku lagi."

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video