awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 kelasi dipercayai diculik lanun Nigeria

Agensi
Agensi
16/08/2019
15:15 MYT
17 kelasi dipercayai diculik lanun Nigeria
Perkara itu turut disahkan oleh seorang pegawai keselamatan Cameroon yang enggan dikenali. GAMBAR Astro AWANI
Seramai 17 kelasi diculik pada khamis selepas dua buah kapal dagang diserang lanun di perairan Cameroon, Afrika.
Menurut jurucakap pelabuhan Douala seperti dilapor AFP, daripada jumlah tersebut, lapan adalah warga Ukraine manakala sembilan lagi warga China, yang diculik dari satu daripada kapal berkenaan.
Perkara itu turut disahkan oleh seorang pegawai keselamatan Cameroon yang enggan dikenali.
Sementara itu, sumber Tentera Laut Cameroon dan perkhidmatan pelabuhan negara itu memaklumkan, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kes penculikan tersebut.
Namun, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa penculik merupakan ‘lanun Nigeria’.
Setakat ini, pasukan pasukan keselamatan sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan kesemua mangsa culik.
Dilaporkan, kegiatan lanun semakin berleluasa di Teluk Guinea yang terletak di bahagian timur laut Lautan Atlantik.
Menurut Biro Maritim Antarabangsa, seramai 62 kelasi telah dijadikan tebusan atau diculik di kawasan itu pada separuh pertama tahun 2019.
Topic Berkaitan
#China
#culik
#keselamatan
#Nigeria
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan