200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini

Kira-kira 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kira-kira 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
- Lebih kurang 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
- Pengambilan veteran ATM itu akan membabitkan individu dari bekas Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan umur minimum 38 tahun, menurut kenyataan beliau.
- Inisiatif pengambilan 220 veteran ATM oleh AKPS dilaksanakan berperingkat melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima, sejajar dengan keutamaan yang diberikan kepada veteran ATM dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan sebelum ini.
"Dia (veteran ATM) ada skil tertentu, idealnya kita harap suku tahun pertama ini kita dapat sempurnakan," katanya pada sidang media selepas sesi Menteri Dalam Negeri bersama warga AKPS di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Saifuddin Nasution berkata pengambilan veteran ATM itu akan melibatkan individu daripada bekas Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Mereka adalah aset yang unik... yang akan membantu dari segi sumber manusia AKPS.
"Bekas tentera akan bermula dengan umur minimum 38 tahun, sasaran kita mereka masih kemas bertenaga," katanya.
Sebelum ini, Mohd Shuhaily berkata AKPS akan memulakan pengambilan 220 veteran ATM secara berperingkat dan inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 itu akan dilaksanakan melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 sebelum ini memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada veteran ATM bagi mengisi keperluan tenaga kerja AKPS bagi kesiapsiagaan penuh agensi itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


