awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 maut akibat ribut salji landa AS - Laporan

Bernama
Bernama
25/12/2022
04:35 MYT
17 maut akibat ribut salji landa AS - Laporan
Angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di Amerika Syarikat. - AP
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat ribut salji melanda Amerika Syarikat (AS) manakala lebih 1.7 juta kediaman dan syarikat dilaporkan terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Sabtu.
NWS mengumumkan bahawa angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di AS dan memberi kesan ketara di bahagian tengah dan timur negara pada akhir minggu ini.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa jarak penglihatan menurun kepada sifar akibat ribut salji, dengan tiupan angin mencecah 115 kilometer (71 batu) sejam di beberapa kawasan.
Menurut laman sesawang Power Outage, lebih 1.7 juta rumah dan syarikat perniagaan di seluruh negara terputus bekalan elektrik dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan elektrik dapat dipulihkan.
Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS.
Darurat telah diisytiharkan di beberapa negeri, termasuk New York, Virginia, Kentucky, Georgia, Carolina Utara dan Oklahoma, manakala Presiden AS Joe Biden menggesa rakyat supaya mematuhi amaran itu.
Sementara itu, laman sesawang FlightAware melaporkan bahawa lebih 8,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 25,000 penerbangan ditangguhkan menjelang cuti Hari Natal dan Tahun Baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut salji
#Amerika Syarikat
#mangsa korban
#angin artik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan