awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida

Agensi
Agensi
14/02/2018
23:46 MYT
17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut telah ditahan. Foto WSVN.com via REUTERS
Sekurang-kurangnya 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat.
Angka kematian itu disahkan jurucakap polis Scott Israel, yang mana rata-rata mangsa adalah pelajar Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.
Suspek dikatakan dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin.
Katanya, tiada sebarang insiden berlaku ketika penahanan suspek yang dilakukan berdekatan sekolah itu.
BACA: Sekurang-kurangnya 20 cedera dalam insiden tembakan di Florida
Kesemua mangsa dibawa ke Broward Health Medical Center dan Hospital Broward Health North.
Dalam kejadian 2.30 petang waktu tempatan, polis menerima panggilan kecemasan dan menggerakkan pasukan SWAT untuk mengosongkan kompleks pendidikan yang menempatkan lebih 1,000 pelajar.
Topic Berkaitan
#Florida
#Hospital
#mangsa
#maut
#Parkland
#pelajar
#pendidikan
#polis
#sekolah
#suspek
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan