SINGAPURA: Seramai 17 pekerja di asrama Westlite Woodlands yang telah pulih daripada COVID-19 didapati dijangkiti semula virus itu, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia berikutan operasi khas yang dilaksanakan oleh MOH dan Kementerian Tenaga Kerja bagi menguji penghuni asrama berkenaan.
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.
Dilabelkan sebagai kes 62181, lelaki itu bekerja di Sembcorp Marine Admiralty Yard dan diambil bekerja oleh Prosper Environmental Engineering Pte Ltd sebagai penyelia pembinaan.
Menurut MOH kes-kes berkenaan segera diasingkan dan dilaporkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).
Menurutnya pihak MOH bersama panel pakar yang terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi, sedang menyiasat sekiranya kes itu merupakan jangkitan semula.
Setakat tengah hari Rabu, kementerian telah mengklasifikasikan 54,513 kes yang dilaporkan sebagai penghuni asrama, 4,025 kes import dan 2,342 kes dalam komuniti.
Dalam persidangan media pasukan petugas COVID-19 secara maya semalam, pengarah perkhidmatan perubatan MOH Prof Madya Kenneth Mak berkata Singapura telah melakukan kajian sendiri berkaitan dengan tahap antibodi kes-kes yang direkodkan.
Beliau berkata kajian itu melihat kepada kes-kes pulih di dalam komuniti dan pekerja di asrama.
"Kedua-dua kumpulan itu dilihat mengekalkan tindak balas antibodi untuk penjujukan masa melebihi tempoh 300 hari, namun kemudiannya dalam tempoh tertentu 40 respons menunjukkan penurunan, dan secara teorinya ada kemungkinan bagi orang yang telah pulih untuk dijangkiti semula kemudiannya.
"Ini sebabnya kita perlu berwaspada, terutama ketika ini semasa jumlah pekerja kita yang pulih mulai meningkat dengan ketara, dengan tempohnya melebihi 300 hari, dan kita perlu mulai memantau dengan rapi risiko jangkitan semula berlaku," katanya.
Mak berkata ini juga akan menjadi asas untuk meningkatkan ujian, bukan hanya dalam kalangan pekerja, tapi juga bagi pelancong yang datang ke Singapura.
"Kita akan terus berhati-hati memantau kes-kes jangkitan semula dengan teliti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
Setakat tengah hari Rabu, Kementerian Kesihatan Singapura mengklasifikasikan 54,513 kes penghuni asrama, 4,025 kes import dan 2,342 kes dalam komuniti. - Gambar hiasan
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.