Wanita didakwa bersuami dua: KPWKM teliti bantuan boleh disalurkan

Nancy berkata kes berkenaan kini sedang ditangani oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu dan berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi tumpuan terhadap aspek kebajikan serta kesejahteraan anak-anak susulan kes seorang wanita di Terengganu yang didakwa mempunyai dua suami.
Ringkasan AI
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan anak-anak susulan kes seorang wanita di Terengganu yang dikatakan mempunyai dua suami.
- Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri, akan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kes tersebut untuk menilai bantuan yang perlu disalurkan demi kebajikan anak-anak yang terlibat.
- Nancy menyatakan bahawa pihak kementerian akan mengkaji kes tersebut setelah menerima laporan lengkap bagi mengambil langkah yang sesuai untuk membantu anak-anak yang terlibat, sambil aspek agama dan perundangan diserahkan kepada bidang kuasa masing-masing.
"Setakat ini, memandangkan saya baru tiba malam tadi dari Turkmenistan, saya masih belum menerima maklumat yang terperinci," katanya selepas Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026 di sini hari ini.
Nancy berkata pihak kementerian akan meneliti perkara itu sebaik menerima laporan lengkap bagi menentukan langkah yang boleh diambil untuk membantu anak-anak yang terlibat.
"Hal-hal berkaitan agama dan perundangan akan diserahkan kepada kementerian serta agensi berkaitan selaras dengan bidang kuasa masing-masing," katanya.
Terdahulu, media di Kelantan melaporkan seorang wanita membongkarkan perbuatan kakak iparnya yang didakwa berkahwin lagi di sempadan Thailand pada November lepas, walaupun masih sah bergelar seorang isteri.
Wanita berkenaan mendakwa abang kandungnya ditipu apabila mendapati isteri abangnya itu berkahwin dengan seorang lagi lelaki lebih setahun lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


