awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

179,000 dipindahkan susulan kebakaran besar di Los Angeles

Bernama
Bernama
10/01/2025
03:50 MYT
179,000 dipindahkan susulan kebakaran besar di Los Angeles
Biden menugaskan 400 anggota bomba persekutuan, 30 pesawat pemadam kebakaran persekutuan dan aset lain ke daerah Los Angeles untuk membantu memadamkan kebakaran itu. (Foto AP)
WASHINGTON: Kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles pada Khamis telah memusnahkan lebih 54 batu persegi kawasan, meranapkan ribuan struktur dan mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa, lapor United Press International (UPI).
Lebih 179,000 penduduk berada di bawah perintah pemindahan setakat petang Khamis, sementara ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan (PST) pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Menurut CBS News, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan angin Santa Ana berkelajuan sehingga 55 batu sejam dengan tiupan angin sehingga 70 batu sejam akan terus menyemarakkan api sepanjang malam sehingga Jumaat.
Kebakaran Palisades, Eaton dan Sunset membebankan pasukan bomba yang bekerja keras untuk mengawal kebakaran.
Keadaan darurat masih berkuat kuasa di bandar dan daerah Los Angeles, dengan semua sekolah di kawasan itu ditutup dan kualiti udara tidak sihat turut menjejaskan kawasan lain.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meluluskan perisytiharan bencana persekutuan untuk California pada Rabu dan pada Khamis mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan menanggung semua kos awal tindak balas bencana selama enam bulan akan datang, lapor ABC News.
"Kami bersama anda. Kami tidak akan ke mana-mana. Kepada anggota bomba dan penyelamat, anda adalah wira kami," kata Biden pada Khamis.
Beliau berkata dana persekutuan itu akan menampung kos pembersihan, tempat perlindungan sementara dan bayaran kepada anggota penyelamat.
Biden juga memaklumkan bahawa beliau menugaskan 400 anggota bomba persekutuan, 30 pesawat pemadam kebakaran persekutuan dan aset lain ke daerah Los Angeles untuk membantu memadamkan kebakaran hutan itu.
Presiden itu turut membatalkan lawatannya ke Itali, menurut kenyataan Rumah Putih pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#kebakaran hutan
#California
#penduduk dipindahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan