awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 kru kapal USS Kidd didapati positif COVID-19

Bernama
Bernama
25/04/2020
03:09 MYT
18 kru kapal USS Kidd didapati positif COVID-19
Kapal pemusnah USS Kidd ketika berada di Lautan Pasifik, 27 Mac, 2020. REUTERS/Gambar fail
Sekurang-kurangnya 18 anggota di atas kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) didapati positif COVID-19, mencetuskan penularan wabak kedua membabitkan kapal tentera AS, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.
Pentagon berkata kes tambahan dijangka berlaku di USS Kidd, kapal pemusnah yang menjalankan misi narkotik dekat perairan Amerika Selatan.
Kapal berkenaan sedang bersiap sedia untuk belayar ke pelabuhan bagi membolehkan sebahagian kru diturunkan dan kerja-kerja pembersihan dijalankan sebelum belayar semula, kata jurucakap Pentagon Jonathan Hoffman pada Jumaat.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai punca jangkitan.
USS Kidd, kapal Tentera Laut AS kedua yang dipaksa berlabuh ke pelabuhan, sebelum ini anggota tentera di kapal USS Theodore Roosevelt turut dijangkiti COVID-19.
Kapal USS Theodore Roosevelt yang beroperasi di Pasifik terpaksa berlabuh di Guam pada akhir Mac disebabkan wabak itu.
Media tempatan melaporkan, awal minggu ini 26 kru kapal perang dijangkiti COVID-19, tetapi kebanyakannya berada di pelabuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Selatan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#jangkitan
#kapal pemusnah
#kapal perang
#kerja-kerja pembersihan
#koronavirus
#misi narkotik
#pelabuhan
#Pentagon
#perairan
#tentera
#Tentera Laut
#USS Kidd
#USS Theodore Roosevelt
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan