awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 terbunuh di India akibat taufan Phailin

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2013
23:37 MYT
18 terbunuh di India akibat taufan Phailin
Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh selepas Taufan Phailin membadai Timur India, pada Ahad.
17 daripadanya dicatatkan di Orissa sementara satu lagi kematian dilaporkan di Andhra Pradesh, daerah utara Srikakulam.
Menurut timbalan pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Marri Shashidhar Reddy kebanyakan mangsa maut akibat rumah runtuh, pokok tumbang dan banjir.
Angka korban bagaimanapun dijangka meningkat memandangkan beberapa kawasan termasuk di pesisir pantai masih gagal dimasuki pasukan penyelamat.
Ia berikutan terputusnya talian komunikasi dan akses masuk kawasan berkenaan tersekat akibat banjir dan tanah runtuh.
Tindakan pihak berkuasa memindahkan segera jutaan penduduk di kawasan berisiko sebelum ini dilihat berjaya mengurangkan jumlah korban.
Taufan terburuk yang melanda India sejak lebih berdekad lalu itu turut memusnahkan tanaman berjumlah ratusan juta dolar Amerika.
Topic Berkaitan
#Andhra Pradesh
#Orissa
#phailin
#srikakulam
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan