19 kanak-kanak tinggalkan Gaza untuk rawatan perubatan - Ketua WHO

Pemindahan ini berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza. - Foto X/Tedros Adhanom Ghebreyesus
BANDARAYA GAZA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengesahkan bahawa seramai 19 kanak-kanak telah dipindahkan dari Gaza ke Mesir pada Khamis bagi mendapatkan rawatan perubatan yang mendesak.
Pemindahan ini berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan hospital-hospital utama dilaporkan lumpuh akibat kekurangan bekalan ubat dan bahan api.
Menurut WHO, lebih 170,000 orang telah cedera sejak konflik bermula, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius seperti amputasi dan luka bakar teruk.
Dr Tedros menyifatkan gencatan senjata sementara sebagai “talian hayat” kepada sistem kesihatan Gaza yang hampir musnah, namun menegaskan bahawa keperluan bantuan masih sangat besar dan mendesak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


