awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 pekerja lombong di China masih terperangkap

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2021
22:14 MYT
19 pekerja lombong di China masih terperangkap
Pasukan penyelamat berkumpul di tapak lombong batu arang bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat. - Foto Wu Gang/Xinhua via AP
QINGHAI: Kerja-kerja menyelamatkan 19 pelombong arang batu yang terperangkap di provinsi Qinghai di barat laut China masih giat dijalankan.
Setakat petang Ahad, seramai dua orang mangsa berjaya dikeluarkan, manakala seorang telah disahkan meninggal dunia.
Kejadian tanah runtuh berlaku pada Sabtu telah mengakibatkan kawasan itu dilanda banjir lumpur.
Lombong berkenaan dilaporkan telah diarah henti operasi pada 2 Ogos lalu bagi memperbaiki isu keselamatan membabitkan pekerja, kata pihak berkuasa tempatan dalam sidang media pada Ahad.
Lombong di China dikenali antara yang paling merbahaya di dunia, tetapi peningkatan dalam keselamatan mengurangkan kadar kematian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini 12 pekerja terperangkap selepas banjir melanda sebuah lombong arang batu di wilayah Xinjiang April lalu.
Topic Berkaitan
#lombong
#tanah runtuh
#terperangkap
#Pekerja
#arang batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan