awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja

Bernama
Bernama
23/02/2025
22:30 MYT
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan bom tangan berpandu roket di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, pada Sabtu. - Foto Agensi/Sinar Harian
PHNOM PENH: Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad, lapor Xinhua.
Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja Heng Ratana berkata peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.
"Dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan maut dalam letupan sisa bahan letupan yang tidak meletup itu," katanya menerusi media sosial, sambil menambah bahawa seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di hospital.
Kedua-duanya berusia dua tahun.
Menurut seorang saksi yang juga bapa kepada seorang daripada mangsa, kedua-dua kanak-kanak itu bermain dengan menggali tanah dan dipercayai telah mengenai bahan letupan berkenaan dengan objek lain yang mencetuskan letupan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#Kemboja
#bom tangan berpandu roket
#peluru tinggalan perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.