awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 maut dalam letupan ketika cedok minyak dari lori tangki

Bernama
Bernama
25/07/2023
06:32 MYT
20 maut dalam letupan ketika cedok minyak dari lori tangki
Sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa. -Twitter
ABUJA: Polis Nigeria pada Isnin mengesahkan berpuluh-puluh orang terbunuh dalam letupan lori tangki bahan api di negeri Ondo pada Ahad.
Mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika sedang mengumpul bahan api dari lori tangki yang terbabas dan terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di bandar Ore Ondo, kata jurucakap polis di Ondo, Funmilayo Odunlami, lapor Xinhua.
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki" semasa kebakaran bermula.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.
Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendengar bunyi dentuman kuat.
Akhbat tempatan Punch yang memetik saksi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak turut terkorban.
Kegiatan mengumpul bahan api dari lori tangki biasa berlaku di Nigeria dan kerap menyebabkan kematian serta kemusnahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#Nigeria
#lori tangki
#Ore Ondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan