awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 trak bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2023
23:15 MYT
20 trak bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza
Seorang lelaki rakyat Palestin melihat luar dari rumahnya yang rosak akibat serangan udara tentera rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza. - Foto AP
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memaklumkan bahawa Presiden Mesir telah bersetuju untuk membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan menyeberang laluan berkenaan.
Biden memberitahu pemberita bahawa dia bercakap melalui telefon dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sissi yang bersetuju untuk membuka semula laluan sempadan negaranya yang tertutup.
Biden menyatakan bahawa meskipun lintasan tersebut memerlukan baik pulih akibat pertempuran, bantuan kemanusiaan dijangka dapat sampai ke Gaza menjelang Jumaat.
"Kami ingin mengeluarkan sebanyak mungkin trak, saya kira mungkin 150 atau sekitar jumlah itu. Tidak semua akan bergerak dalam gelombang pertama.
"Jika terdapat gelombang kedua, kami akan melihat bagaimana perkembangannya, komitmen adalah jika, memang benar-benar mereka melintasi sempadan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan berada di sebelah sana," katanya.
Kenyataan Biden kepada pemberita dibuat ketika dia mengakhiri lawatan selama 7 1/2 jam ke Israel pada Rabu di mana Biden menggesa Israel untuk berundur dari peperangan.
Bagaimanapun kurang jelas ialah sejauh mana usaha itu akan membawa kejayaan dalam mengurangkan ketidaktentuan di timur tengah terutamanya selepas rancangan AS gagal untuk memberhentikan kekejaman Israel.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setakat ini sejuta rakyat Palestin telah kehilangan tempat tinggal dalam masa 10 hari akibat dari perang Israel-Palestin.
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan