awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod - Agensi iklim

Bernama
Bernama
14/01/2026
10:29 MYT
2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod - Agensi iklim
Berdasarkan kadar pemanasan semasa, laporan menyatakan bahawa had pemanasan global jangka panjang 1.5 darjah Celsius di bawah Perjanjian Paris boleh dicapai menjelang akhir dekad ini. - Reuters
BRUSSELS: Tahun 2025 disahkan sebagai tahun ketiga paling panas dalam rekod, dengan ahli sains memberi amaran bahawa planet ini berkemungkinan menjadi panas lebih awal daripada jangkaan sebelum ini, menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Xinhua.
Pada 2025, purata suhu global berada pada 14.97 darjah Celsius, iaitu 0.13 darjah Celsius lebih rendah daripada tahun 2024 (tahun paling panas dalam rekod), dan hanya 0.01 darjah Celsius lebih rendah berbanding 2023, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) dalam laporan itu.
Menurut C3S, ini juga menandakan kali pertama suhu global bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (2023-2025) secara puratanya melebihi 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri (1850-1900), yang merupakan ambang kritikal yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris.
Perjanjian Paris bertujuan untuk mengehadkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius berbanding paras praindustri, dengan aspirasi untuk mengehadkannya kepada 1.5 darjah Celsius menjelang akhir abad ini.
Laporan itu mengaitkan kenaikan suhu sepanjang tiga tahun lepas berpunca daripada pengumpulan gas rumah hijau di atmosfera dan suhu permukaan laut yang luar biasa tinggi, dikaitkan dengan fenomena El Nino serta faktor kepelbagaian lautan lain yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim.
Menggunakan beberapa kaedah, tahap semasa pemanasan global jangka panjang dianggarkan sekitar 1.4 darjah Celsius melebihi paras praindustri, menurut laporan itu.
Berdasarkan kadar pemanasan semasa, laporan itu menyatakan bahawa had pemanasan global jangka panjang 1.5 darjah Celsius di bawah Perjanjian Paris boleh dicapai menjelang akhir dekad ini, iaitu kira-kira sedekad lebih awal daripada unjuran awal di bawah perjanjian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iklim
#Panas
#pemanasan global
#suhu global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan