Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS hantar lebih banyak pesawat tangki udara, jet pejuang

Cyprus Iran US Israel
Pesawat tangki tersebut turut diiringi oleh jet pejuang, walaupun jumlah tepat jet yang dihantar tidak didedahkan. - Foto AP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat dengan menghantar 15 pesawat tangki udara tambahan, menurut laporan media Israel Hayom.

Pesawat tersebut memainkan peranan penting dalam menyokong operasi udara, terutama ketika ketegangan serantau semakin meningkat.

Advertisement

Pesawat tangki ini membolehkan pengisian minyak dari udara (airtoair refuelling) kepada jet pejuang dan pesawat tentera lain tanpa perlu mendarat, sekali gus memanjangkan tempoh operasi serta memberi kelebihan taktikal kepada misi tempur.

Ia juga membolehkan pesawat pejuang bergerak lebih jauh dan bertahan lebih lama di ruang udara konflik.

Menurut laporan sama, pesawat tangki tersebut turut diiringi oleh jet pejuang, walaupun jumlah tepat jet yang dihantar tidak didedahkan.

Laporan lain menunjukkan bahawa penghantaran pesawat pejuang ke rantau itu memang sedang berjalan, termasuk F22, F15E dan F35 yang digerakkan ke pangkalan udara di Asia Barat untuk mengukuhkan kesiapsiagaan AS.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada peningkatan besar kehadiran ketenteraan AS di rantau berkenaan, di tengah konflik yang memuncak antara Israel dan Iran serta kebimbangan mengenai keselamatan laluan perdagangan tenaga global.

Analisis imej penerbangan dan maklumat sumber terbuka menunjukkan pergerakan besar pesawat tentera AS dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, konsisten dengan persediaan operasi lebih besar.

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found