awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 pelajar perempuan dibebaskan dari militan Boko Haram

Agensi
Agensi
14/10/2016
02:00 MYT
21 pelajar perempuan dibebaskan dari militan Boko Haram
21 pelajar ini merupakan antara 276 yang diculik oleh kumpulan militan di sebuah sekolah asrama di Chibok pada 2014. - Gambar fail / AP
Dua puluh satu pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram lebih dua tahun lepas, akhirnya dibebaskan.
Naib presiden Nigeria, Yemi Osibanjo berkata pembebasan pada Khamis itu adalah hasil rundingan kerajaan dengan kumpulan militan itu.
Jelasnya, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan kerajaan Switzerland memainkan peranan sebagai perantara dalam proses rundingan itu.
Tambah Osibanjo, pembebasan juga itu tidak melibatkan sebarang pertukaran.
“Tuhan telah membantu kami. Tidak, tiada sebarang pertukaran yang berlaku. Berita mengenai pembebasan empat, satu atau dua atau tiga atau empat komander adalah tidak benar... ia tidak berlaku.
“Banyak perkara perlu dilakukan untuk membantu mereka kembali hidup seperti biasa selepas trauma diculik. Seperti apa yang saya katakan, kami akan mempertimbangkan semua pilihan dan seperti mana kami sudah katakan pada awal, kami bersedia untuk melihat pilihan kami,” katanya.
Tambah beliau, apa yang penting ialah pembebasan gadis-gadis tersebut dan mengembalikan kehidupan mereka.
21 pelajar ini merupakan antara 276 yang diculik oleh kumpulan militan di sebuah sekolah asrama di Chibok pada 2014.
Selepas dibebaskan, mereka kini diletakkan di bawah jagaan jabatan perkhidmatan negeri dan agensi perisikan.
Mereka juga mendapat rawatan di hospital di Abuja.
Masih terdapat 197 tebusan yang ditahan kumpulan Boko Haram dengan kebanyakannya dilaporkan sudah meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Boko Haram
#Chibok
#culik
#militan
#Nigeria
#Yemi Osibanjo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan