awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB

Bernama
Bernama
08/10/2024
08:32 MYT
250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Grandi berkata ratusan ribu orang kini berada dalam keadaan daif atau kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel. - Foto Reuters
ISTANBUL: Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Isnin, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.
"Saya berada di sempadan Syria-Lubnan, yang menyaksikan seperempat juta orang telah menyeberang sejak 23 September," kata Filippo Grandi di platform X.
Pihak berkuasa tempatan, Bulan Sabit Merah Syria, PBB dan rakan kongsi sedang berusaha secara berterusan untuk memberikan tindak balas yang berperikemanusiaan dan cekap terhadap kemasukan itu, tambahnya.
Pada Sabtu, Grandi tiba di wilayah itu untuk bertemu pegawai, warga Syria dan Lubnan, yang telah melarikan diri dari Lubnan akibat serangan Israel.
Grandi berkata ratusan ribu orang kini berada dalam keadaan daif atau kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September, mengorbankan 1,251 orang, mencederakan 3,618 yang lain, dan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa rantau Timur Tengah berada di ambang perang serantau berikutan serangan tanpa henti Israel ke atas Gaza dan Lubnan, Tel Aviv memperluaskan konflik dengan melancarkan pencerobohan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pelarian Lubnan
#lari ke Syria
#serangan Israel
#PBB
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan