awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye

Bernama
Bernama
29/10/2025
03:40 MYT
26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye
Yerlikaya (tengah) memberitahu pemberita di lokasi kejadian bahawa tiga bangunan yang tidak digunakan dan sebuah kedai telah musnah. - Foto X Ali Yerlikaya
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dan empat bangunan runtuh selepas gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Balikesir di barat Turkiye lewat Isnin, menurut pihak berkuasa pada Selasa malam dalam kemas kini terkini, lapor Xinhua.
Dalam hantaran di platform media sosial X, Menteri Kesihatan Kemal Memisoglu memaklumkan jumlah kecederaan meningkat daripada 19 kepada 26 orang, dengan kebanyakan kecederaan berpunca daripada panik dan tindakan orang ramai yang terjun dari tempat tinggi.
Beliau berkata kesemua mangsa telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar.
Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya memberitahu pemberita di lokasi kejadian bahawa tiga bangunan yang tidak digunakan dan sebuah kedai telah musnah.
Yerlikaya berkata sebanyak 100 kontena perumahan sementara telah dihantar ke kawasan berkenaan, manakala Balikesir telah menerima bayaran sokongan kecemasan berjumlah 25 juta lira Turkiye (kira-kira US$596,000) bagi membantu usaha bantuan.
Ketika pemeriksaan di lapangan masih diteruskan, pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memasuki bangunan yang mengalami kerosakan.
Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dalam satu kenyataan di platform X pada Isnin memaklumkan bahawa gempa itu berlaku di daerah Sindirgi, Balikesir pada 10.48 malam waktu tempatan (1948 GMT) pada kedalaman 5.99 kilometer (km).
Gegaran itu turut dirasai di wilayah berhampiran termasuk Istanbul, Bursa dan Izmir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#bangunan runtuh
#Turkiye
#Menteri Kesihatan Turkiye Kemal Memisoglu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan