Sejumlah 26 mangsa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, terbunuh selepas bas yang dinaiki berlanggar dengan sebuah beca bermotor lalu terjunam ke dalam perigi.

Kejadian berlaku di Nashik, Barat India pada malam Selasa.

Mangsa yang cedera sebanyak 32 orang dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Pasukan menyelamat bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Mereka terpaksa menggunakan kren untuk mengeluarkan mangsa dan menarik keluar bas malang itu.

Pemandu bas berkenaan antara yang maut di lokasi kejadian yang terletak 254 kilometer dari Mumbai.

Operasi pencarian berakhir pada Rabu.

India mencatat jumlah angka kematian trafik tertinggi di dunia dengan lebih 150,000 kematian tahunan dicatatkan disebabkan jalan raya yang tidak sempurna, sikap pemandu, dan penyelenggaraan kenderaan yang teruk.