awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 maut dalam kebakaran di hospital COVID-19 Baghdad

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2021
00:19 MYT
27 maut dalam kebakaran di hospital COVID-19 Baghdad
Orang ramai dilihat di perkarangan Hospital Ibn Khatib selepas kejadian kebakaran membabitkan tangki oksigen. - Foto REUTERS
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 27 individu terkorban manakala 46 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital yang menempatkan pesakit COVID-19 di tenggara Baghdad, Iraq pada Sabtu.
Kebakaran di Hospital Ibn Khatib berpunca daripada satu letupan membabitkan tangki oksigen di hospital berkenaan, menurut petugas di hospital terbabit.
Ambulans daripada hospital berdekatan bergegas ke lokasi kejadian bagi membawa mangsa cedera dalam insiden itu.
Pesakit hospital sedia ada pula dipindahkan ke hospital berdekatan lain, lapor agensi berita Reuters.
Ketua Unit Pertahanan Awam Iraq Mejar Jeneral Kadhim Bohan berkata, kebakaran berlaku di unit rawatan rapi pulmonari dan 90 daripada 120 mangsa telah diselamatkan, seperti dipetik agensi berita INA.
Tambahnya kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Sistem kesihatan Iraq berada pada tahap kritikal susulan penularan pandemik COVID-19.
Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan negara itu mengumumkan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 102,528 kes manakala jumlah kes kematian adalah sebanyak 15,217 kes.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Hospital
#COVID-19
#Hospital Ibn Khatib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan