Skip to main content

Malaysia

Zetrix AI kemuka rayuan berhubung lanjutan tempoh pembayaran dividen

Zetrix AI Bhd hari ini mengemukakan surat rayuan berhubung keputusan Bursa Malaysia menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh pembayaran semua dividen tunai yang tertunggak kepada pemegang saham yang tidak terjejas.
Zetrix AI Bhd hari ini mengemukakan surat rayuan berhubung keputusan Bursa Malaysia menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh pembayaran semua dividen tunai yang tertunggak kepada pemegang saham yang tidak terjejas.

Ringkasan AI

  • Zetrix AI Bhd telah mengemukakan surat rayuan terhadap keputusan Bursa Malaysia menolak permohonan lanjutan tempoh pembayaran dividen tunai tertunggak.
  • Bursa Malaysia menolak permohonan lanjutan masa bagi pembayaran dividen akhir satu peringkat sebanyak 2.89 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
  • Zetrix AI akan terus berbincang dengan Bursa Malaysia dan mengambil langkah perlu untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd hari ini mengemukakan surat rayuan berhubung keputusan Bursa Malaysia menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh pembayaran semua dividen tunai yang tertunggak kepada pemegang saham yang tidak terjejas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Zetrix AI memaklumkan bahawa Bursa Malaysia menerusi surat bertarikh 20 Nov, telah menolak permohonan syarikat itu untuk mendapatkan pelanjutan masa bagi mematuhi Perenggan 8.26 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama berhubung dividen akhir satu peringkat sebanyak 2.89 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Permohonan itu juga turut melibatkan pembayaran dividen tunai yang tertunggak.

Advertisement

Sehubungan itu, Zetrix AI akan terus mengadakan perbincangan dengan Bursa Malaysia mengenai perkara berkenaan.

“Syarikat akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia,” tambahnya.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement