awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
Seorang lelaki, wanita ditahan miliki dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 penumpang maut menuju ke pusat kuarantin, penduduk China 'naik angin' dengan Dasar Sifar COVID-19

Faida Rahim
Faida Rahim
19/09/2022
11:05 MYT
27 penumpang maut menuju ke pusat kuarantin, penduduk China 'naik angin' dengan Dasar Sifar COVID-19
Kejadian berlaku pada pukul 2.40 pagi sekali gus tindakan itu dipersoalkan oleh penduduk China bagaimana bas membawa penumpang menuju ke pusat kuarantin pada tengah malam. - Gambar/Google Map
GUIZHOU: Kemarahan terhadap kerajaan China dalam melaksanakan dasar sifar COVID-19 memuncak apabila bas yang dinaiki penumpang menuju ke pusat kuarantin terlibat dalam kemalangan, semalam.
Menurut pihak berkuasa China, bas yang membawa seramai 47 penumpang dari Guiyang menyaksikan 27 orang daripadanya maut selepas bas berkenaan terbalik seterusnya terjunam masuk ke sebuah parit.
Memetik laporan CNN, kejadian itu berlaku pada pukul 2.40 pagi sekali gus tindakan itu dipersoalkan oleh penduduk China bagaimana bas membawa penumpang menuju ke pusat kuarantin pada tengah malam, sedangkan peraturan pengangkutan jalan di China tidak membenarkan sebarang perjalanan jarak jauh bermula pukul 2 hingga 5 pagi.
Kredit: CNN
Kredit: CNN
Terdahulu, sekeping gambar menunjukkan sebuah bas dipandu individu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) tetapi hanya menampakkan bahagian mata tular di sosial media.
Sementara itu, sekeping gambar memaparkan sebuah bas ditarik trak tunda yang menampakkan bahagian atas bas remuk dan dalam masa sama kelihatan bas sedang disinfeksi.
Dalam masa sama, portal CNN tidak dapat mengesahkan gambar itu meskipun nombor plat pendaftaran sama dengan bas yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Pada masa ini, kesemua penumpang terselamat sedang dirawat di hospital.
China dilaporkan menggandakan sekatan yang mengehadkan pergerakan orang keluar masuk ke negara itu walaupun kebanyakan negara sudah memulakan fasa 'hidup bersama COVID-19'.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#COVID-19
#Guiyang
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan