BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam pertempuran di Sinaloa, barat laut Mexico, kata Menteri Pertahanan, Luis Cresencio Sandoval pada Jumaat.
Pertempuran itu tercetus selepas pihak berkuasa melancarkan operasi untuk menahan Ovidio Guzman, anak lelaki raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman yang kini menjalani hukuan penjara.
Penahanan Ovidio Guzman pada Khamis menyebabkan 19 penyerang dan 10 tentera maut manakala 35 yang lain cedera, kata Sandoval pada sidang akhbar, lapor Xinhua.
Tentera Darat dan Tentera Pengawal Kebangsaan mengetuai operasi untuk menahan Ovidio Guzman yang juga ketua kartel dadah Sinaloa yang telah mencetuskan pertempuran bersenjata di daerah Jesus Maria di bandar Culiacan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Adan Augusto Lopez, Ovidio Guzman ditahan kerana pelbagai jenayah termasuk memiliki senjata secara haram dan cubaan membunuh.
Sementara itu, Menteri Luar Negeri Marcelo Ebrard mengesahkan bahawa pada Sept 2019 Amerika Syarikat (AS) pernah mengemukakan permohonan agar Ovidio Guzman diekstradisi.
Beliau berkata proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu.
Mengikut undang-undang Mexico, pihak berkuasa AS perlu menyerahkan bukti yang mereka ada kepada hakim Mexico sebelum hakim memutuskan sama ada untuk meneruskan permohonan ekstradisi, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.
Ovidio Guzman menghadapi tuduhan bersubahat untuk mengedar kokain, methamphetamine dan ganja di Amerika Syarikat, memetik laporan media. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam pertempuran di Sinaloa, barat laut Mexico, kata Menteri Pertahanan, Luis Cresencio Sandoval pada Jumaat. - Gambar REUTERS

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

29 maut di Mexico susulan penahanan anak raja dadah El Chapo
Ovidio Guzman ditahan kerana pelbagai jenayah termasuk memiliki senjata secara haram dan cubaan membunuh.