Angka kematian gempa bumi kuat yang melanda Timur Turki meningkat mendadak kepada 29 orang pada Sabtu malam waktu tempatan, susulan kejadian yang berlaku di wilayah Elazig kira-kira 24 jam sebelum itu.
Sementara itu, 1,243 lagi dilaporkan cedera dengan 34 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi, tetapi tidak dalam keadaan kritikal, menurut Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan sedang giat dijalankan, menurut satu kenyataan rasmi.
Pada masa sama, Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada rakyat yang mendakwa negara berkenaan dalam keadaan tidak bersedia berdepan dengan bencana alam itu.
“Jangan dengar khabar angin. Jangan dengar kata-kata negatif atau propaganda,” katanya pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti pemantauan gempa bumi yang dilakukan merekodkan bacaan bermagnitud antara 6.5 sehingga 6.8 pada skala Richter yang berlaku pada Jumaat.
BACA: Gempa bumi kuat landa Turki
Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) kerajaan Turki, gempa bumi pertama berlaku berhampiran wilayah Elazig.
Ia kemudian diikuti dengan 398 gempa susulan dan yang paling kuat adalah dengan bacaan bermagnitud 5.4 dan 5.1 pada skala Richter.
Pihak bantuan kecemasan dan keselamatan dikerah mengedarkan khemah, katil dan selimut selepas bacaan cuaca semakin sejuk pada waktu malam.
Masjid, sekolah dan dewan riadah serta asrama pelajar pula dibuka untuk penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
“Gempa bumi itu sangat teruk. Kami terpaksa lari meninggalkan rumah. Kami tidak mempunyai mana-mana tempat berlindung yang selamat,” kata Emre Gocer kepada agensi berita Anadolu.
Sementara itu, Erdogan dalam lawatan ke Elazig berjanji bantuan akan terus disalurkan kepada mangsa-mangsa terlibat.
Sebelum ini, Turki pernah dilanda dua gempa bumi kuat di utara pada tahun 1999 yang mengorbankan sekitar 18,000 orang.
Seterusnya pada 2010, gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter juga melanda Elazig dengan angka kematian 51 orang.
Agensi
Sun Jan 26 2020
Pelbagai aktiviti pemantauan gempa bumi yang dilakukan merekodkan bacaan bermagnitud antara 6.5 sehingga 6.8 pada skala Richter yang berlaku pada Jumaat.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
29 maut, ribuan cedera gempa bumi kuat di Turki
Angka kematian gempa bumi kuat yang melanda Timur Turki meningkat mendadak kepada 22 orang, manakala 1,243 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di wilayah Elaziq itu pada Sabtu.