awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Enam individu mengaku tidak bersalah terlibat rusuhan bersenjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

291 remaja bawah umur ditahan di penjara Israel sejak Mei 2018

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
01/08/2018
11:37 MYT
291 remaja bawah umur ditahan di penjara Israel sejak Mei 2018
Pada bulan Mei 2018, Israel telah menahan sekurang-kurangnya 600 warga Palestin termasuk 94 remaja, kanak-kanak dan wanita.
SETAKAT Mei 2018, 291 remaja bawah umur warga Palestin berada dalam tahanan penjara Israel sebagai tahanan keselamatan dan banduan.
Sementara itu, enam lagi remaja bawah umur Palestin ditahan di fasiliti Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) kerana memasuki Israel secara tidak sah.
IPS menganggap mereka sebagai penjenayah. Beberapa remaja lagi dilaporkan ditahan di fasiliti yang diuruskan oleh tentera rejim Israel (IDF).
Menurut laporan yang disediakan IDF, lebih 200 remaja berumur dari 16 tahun sehingga 18 tahun manakala selebihnya adalah berumur 14 tahun hingga 16 tahun.
Pada Januari tahun ini, Israel telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap 42 remaja bawah umur warga Palestin di atas beberapa kesalahan seperti memasuki Israel tanpa permit.
Daripada jumlah ini, sembilan daripada mereka ditahan di rumah, 65 di kawasan padang, dua lagi di pusat pemeriksaan tentera.
Kebanyakan daripada mereka dilaporkan menjadi mangsa kekasaran tentera Israel.
Menurut MiddleEastMonitor, salah seorang daripada remaja yang ditahan turut ditembak oleh tentera rejim Zionis itu.
Pada bulan Mei 2018, Israel telah menahan sekurang-kurangnya 600 warga Palestin termasuk 94 remaja, kanak-kanak dan wanita.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 6,000 warga Palestin sedang ditahan di seluruh penjara di Israel.
Topic Berkaitan
#IDF
#Israel
#Kanak-kanak
#keselamatan
#mangsa
#Palestine
#penjara
#remaja
#rumah
#tentera
#wanita
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan