awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di kelab malam Brooklyn

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2025
11:37 MYT
3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di kelab malam Brooklyn
Tiga lelaki terbunuh dan lapan individu cedera dalam insiden tembakan di kelab malam Taste Of The City Lounge di Brooklyn, dipercayai berpunca daripada pertikaian dalam kelab. -Gambar hiasan
NEW YORK: Tiga individu terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Crown Heights, Brooklyn, Amerika Syarikat awal pagi Ahad, menurut Polis Bandaraya New York (NYPD).

Ringkasan AI
  • Tiga lelaki terbunuh dan lapan individu cedera dalam insiden tembakan di kelab malam -Taste Of The City Lounge- di Brooklyn, dipercayai berpunca daripada pertikaian dalam kelab.
  • Polis menemui 36 kelongsong peluru dan satu senjata api, serta sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek yang masih bebas.
  • Pihak berkuasa menyeru orang awam tampil membantu siasatan, sementara kebimbangan meningkat susulan insiden tembakan kedua di lokasi sama dalam tempoh kurang setahun.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan di “Taste Of The City Lounge” di Franklin Avenue, ketika kelab tersebut dipenuhi pengunjung.
Menurut Pesuruhjaya Polis Jessica Tisch, tembakan dilepaskan oleh beberapa suspek yang masih belum dikenal pasti. Tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Mangsa yang maut terdiri daripada tiga lelaki, masing-masing berusia 27 tahun, 35 tahun, dan seorang lagi yang belum dikenal pasti usianya.
Lapan mangsa lain, termasuk lelaki dan wanita berusia antara 27 hingga 61 tahun, mengalami kecederaan tidak mengancam nyawa dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Polis menemui sekurang-kurangnya 36 kelongsong peluru di lokasi kejadian dan sedang meneliti rakaman CCTV di sekitar kawasan kelab.
Satu senjata api turut ditemui berhampiran Bedford Avenue dan Eastern Parkway, namun kaitannya dengan insiden masih dalam siasatan.
Menurut laporan, pertikaian di dalam kelab dipercayai menjadi punca tercetusnya tembakan. Kelab yang sama pernah terlibat dalam insiden tembakan tidak membawa maut pada November 2024.
Pihak berkuasa menyeru orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#New York
#Taste Of The City Lounge
#insiden tembakan
#kelab malam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan