awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 juta pengundi Myanmar tunai tanggungjawab pilih kerajaan

Agensi
Agensi
08/11/2015
05:11 MYT
30 juta pengundi Myanmar tunai tanggungjawab pilih kerajaan
Pilihan raya ini adalah pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun, selepas pemerintahan junta sejak berdekad lamanya.
Sejumlah 30 juta warga Myanmar akan menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum hari ini, satu proses yang disifatkan langkah signifikan ke arah demokrasi.
Pilihan raya ini adalah pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun, selepas pemerintahan junta sejak berdekad lamanya.
Parti pemerintah, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang ditunjangi junta, antara parti utama yang bertanding, selain parti pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung Sang Suu Kyi, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Pilihan raya menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 90 parti bertanding merebut 664 kerusi parlimen.
25 peratus daripada kerusi berkenaan bagaimanapun dikhususkan kepada wakil junta.
NLD dijangka menerima undian tinggi, biarpun Suu Kyi disekat daripada menjadi Presiden.
Myanmar diperintah junta selama 50 tahun sehingga 2011, apabila ia melakukan peralihan kepada kerajaan awam.
NLD pernah memenangi pilihan raya umum pada 1990, namun keputusan itu dinafikan junta.
Presiden Thein Sein pada Jumaat menyatakan kesediaan untuk menerima penubuhan kerajaan baru, berdasarkan keputusan pilihan raya kali ini.
Keputusan penuh pilihan raya dijangka diumum pada Isnin.
[ALBUM] Suasana sekitar pilihan raya umum Myanmar
Topic Berkaitan
#Aung Sang Suu Kyi
#demokrasi
#Junta
#Myanmar
#pilihan raya umu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan