SEKURANG-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Israel di Rafah, kawasan di selatan semenanjung Gaza yang dikhususkan untuk pelarian.
Menurut pegawai perkhidmatan kecemasan awam dan kesihatan Palestin, serangan pada Ahad itu turut mencederakan puluhan rakyat Gaza.
Serangan berlaku di kawasan kejiranan Tel Al-Sultan di barat Rafah, di mana ribuan penduduk Gaza berlindung selepas ramai melarikan diri dari kawasan timur bandar itu sejak tentera rejim Israel memulakan serangan darat, dua minggu lalu.
Pengarah pejabat media Kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas, Ismail Al-Thawabta memaklumkan, jumlah kematian mungkin melebihi 30 orang.
Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, hospitalnya di Rafah menerima kemasukan mangsa dan hospital lain juga turut menerima sejumlah besar pesakit.
Bagaimanapun, pihak rejim Israel enggan memberi sebarang komen susulan kejadian itu.
Menurut pegawai perubatan, angka kematian terkini tidak dapat dianggarkan akibat ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Astro Awani
Sun May 26 2024
![30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah 30 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716766223_tbIsraelistrike.jpg)
Api marak susulan serangan Israel ke atas kawasan yang dikhaskan untuk penduduk Palestin yang dipindahkan, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, 26 Mei 2024. - REUTERS
Polis buru empat lelaki bersenjata, bertopeng rompak kedai emas di Kajang
Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang Isnin.
Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Netanyahu bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perangnya yang dianggotai enam anggota.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Empat lelaki ditahan kes culik, pukul, ugut remaja
Polis sudah menahan empat lelaki warga tempatan dan sedang mengesan beberapa lagi individu yang terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik tiga remaja di sebuah pasar raya di kawasan Skudai.
Malaysia-China sehaluan meneroka bidang masa depan lestari
Selepas 50 tahun, landskap kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China boleh disifatkan terus makmur dan progresif yang mana ia terlihat nyata dengan prestasi memberansangkan dari segi ekonomi dan pelaburan antara kedua negara.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Anwar-Erdogan senada tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara Malaysia-Turki.
Malaysia, Pakistan sepakat solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Cuaca panas hadirkan kebimbangan buat jemaah haji
Kebimbangan mula meningkat selepas mereka mendapat laporan sekurang-kurangnya enam warga Jordan maut akibat cuaca panas pada Sabtu.
Sindiket dadah tumpas, rampasan berbilion euro
Kecekapan pihak penguatkuasa Jerman dalam membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai berbilion euro.
![Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697875114_lintasanrafah.jpg)
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718366156_Children.jpg)
Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA
Kanak-kanak Palestin telah melalui apa yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak di dunia, kata Philippe Lazzarini.
![Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang berikutan serangan berterusan Israel Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang berikutan serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717896213_tbinjuredPalestinia.jpg)
Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang berikutan serangan berterusan Israel
Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan.
![UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716161918_Children.jpg)
UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
UNRWA memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza.
![Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717131666_TBPalestinian.jpg)
Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza
Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini.
![Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711432377_TBaidlinejpg.jpg)
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.
![Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718149304_Jenin.jpg)
Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat
Satu unit pasukan khas Israel menyerbu kampung berkenaan pada Selasa dan mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya.
![Blinken dijadual hadir persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza Blinken dijadual hadir persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718104419_AntonyBlinken.jpg)
Blinken dijadual hadir persidangan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual menghadiri persidangan bantuan kemanusiaan bagi Semenanjung Gaza yang dihoskan Jordan pada Selasa.
![Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718060046_Israelitankmaneuv.jpg)
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.