awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid

Agensi
Agensi
30/01/2023
14:28 MYT
34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang sedang menunaikan solat. - Gambar/ AP
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 34 orang maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.
Sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang menunaikan solat di dalam masjid terletak berhampiran kuarters polis itu.
Ketika kejadian, kira-kira 260 individu dikatakan berada di dalam masjid berkenaan, lapor AP.
Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana suspek memasuki masjid berkenaan yang merupakan kawasan yang dikawal ketat anggota keselamatan.
Sementara itu, Taliban mengaku bertanggungjawab dalam mendalangi serangan menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter.
Serangan seumpama itu dikatakan sering berlaku sejak November sejurus keputusan Taliban untuk menamatkan genjatan senjata.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan turut mengecam serangan berkenaan serta mengarahkan pasukan perubatan untuk memberi rawatan segera terhadap mangsa cedera.
Ini termasuk janji untuk mengenakan tindakan yang setimpal terhadap pelaku yang mendalangi serangan bom terbabit.
Topic Berkaitan
#Taliban
#serangan bom
#masjid
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan