awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 pelajar positif COVID-19 antara 500,000 duduki ujian kelayakan universiti

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
03/12/2020
21:00 MYT
35 pelajar positif COVID-19 antara 500,000 duduki ujian kelayakan universiti
Kira-kira 500,000 pelajar mengambil ujian tersebut yang dijalankan di 1,380 lokasi di seluruh negara pada Khamis. -Reuters
SEOUL:Ratusan ribu pelajar di Korea Selatan, termasuk 35 pelajar yang disahkan postif COVID-19, mengambil ujian masuk universiti di sebalik penularan virus yang memaksa pihak berkuasa memperketat peraturan penjarakan sosial.
Kementerian Pendidikan memaklumkan kira-kira 500,000 pelajar mengambil ujian tersebut yang dijalankan di 1,380 lokasi di seluruh negara pada Khamis.
Bagi memastikan kelancaran ujian, pihak berkuasa akan menghentikan latihan ketenteraan dan latihan penerbangan buat sementara waktu.
Antara lain, pejabat kerajaan dan swasta memberi kelonggaran kepada kakitangan mereka untuk masuk lewat ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Ujian tahun ini pada awalnya dijadualkan pada 19 November namun ditangguhkan kerana pandemik.
Korea Selatan pada Khamis melaporkan 540 kes jangkitan baharu, hari kedua berturut-turut mencatatkan jumlah harian melebihi 500 kes.
Minggu lalu negara itu mengenakan sekatan yang lebih ketat di Seoul dan beberapa kawasan lain bagi menyekat penyebaran wabak tersebut.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#pelajar
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#COVID-19
#penjarakan sosial
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan