awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, 10 cedera insiden tembakan ketika sambutan hari jadi kanak-kanak di AS

Bernama
Bernama
30/11/2025
09:00 MYT
4 maut, 10 cedera insiden tembakan ketika sambutan hari jadi kanak-kanak di AS
Kejadian tembakan itu berlaku di sebuah kedai ais krim ketika sambutan hari lahir seorang kanak-kanak. - Gambar/ Reuters
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden tembakan pada Sabtu di utara California, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.
Kejadian berlaku sekitar 6 petang waktu Pasifik (0200 GMT Ahad) dan mangsa termasuk remaja serta dewasa, kata jurucakap Pejabat Syerif Daerah San Joaquin, Heather Brent pada satu taklimat.
Suspek dilaporkan masih bebas dan tiada tangkapan dibuat setakat ini, kata Brent.
"Petunjuk awal menunjukkan insiden ini mungkin disasarkan dan penyiasat sedang meneliti semua kemungkinan," menurut pejabat itu dalam satu hantaran Facebook.
Kejadian tembakan berlaku di sebuah kedai ais krim ketika sambutan hari lahir seorang kanak-kanak, menurut Naib Datuk Bandar Stockton, Jason Lee.
Pihak berkuasa masih belum mendedahkan maklumat mengenai suspek atau motif kejadian.
Gabenor California, Gavin Newsom telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tembakan rambang
#Kes Tembak
#Amerika Syarikat
#hak Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan