Skip to main content

Politik

PRN Melaka: BN sedia jemput PN sertai kerajaan negeri jika menang - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali Bagan Datuk 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.  - Foto Bernama
Ahmad Zahid menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali Bagan Datuk 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional (BN) akan mengundang Perikatan Nasional (PN) menyertai pentadbiran kerajaan negeri jika berjaya membentuk kerajaan pada PRN Melaka ke-16.
  • Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan langkah ini menghormati mandat rakyat dan kesepakatan politik antara BN dan PN.
  • BN bertanding 23 kerusi manakala PN bertanding lima kerusi, dengan hari pengundian PRN Melaka ditetapkan pada 14 November.
Advertisement

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) bersedia mengundang Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai barisan pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil, bagi menghormati mandat rakyat serta kesepakatan politik yang dimeterai antara kedua-dua gabungan, sama seperti yang pernah dilaksanakan di Negeri Sembilan.

“Sebagaimana yang telah berlaku di Negeri Sembilan, apabila kerajaan terbentuk maka kita honour pelantikan supaya mereka (PN) berada di dalam kerajaan. Begitu juga di Melaka, apabila Kerajaan Perpaduan dulu terbentuk, rakan-rakan kita dalam PH (Pakatan Harapan) juga telah dilantik sebagai Exco dan juga Timbalan Exco, tetapi kemudiannya mereka telah membuat keputusan untuk keluar. 

Advertisement

“Jadi kita akan lakukan perkara yang sama untuk ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang memenangi kerusi-kerusi berkenaan dan insya-Allah kalau kita membentuk kerajaan, kita akan jemput juga untuk mereka menganggotai kerajaan negeri yang akan terbentuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Dewan UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.

Pada PRN kali ini, BN bertanding 23 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan manakala PN bertanding di lima kerusi.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement