awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, 8 masih tertimbus dalam tanah runtuh di Jawa Barat

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2018
15:31 MYT
4 maut, 8 masih tertimbus dalam tanah runtuh di Jawa Barat
Empat dipercayai maut manakala lapan lagi masih tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Jawa Barat petang Isnin. -Twitter Sutopo Purwo Nugroho
Empat dipercayai maut manakala lapan lagi masih tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Jawa Barat petang Isnin.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Cimapag, Desa Sinarresmi, wialayah Sukabumi itu, puluhan rumah di kaki sebuah bukit tertimbus bersama beberapa penghuni di dalamnya.
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata tanah runtuh itu terjadi susulan hujan lebat di sekitar Desa Sirnaresmi.
Dipercayai sejumlah 34 buah rumah berada di kaki bukit tersebut.
Longsor perbukitan meluncur mengikuti lereng dan menimbun sekitar 34 rumah kampung adat di Kampung Cimapag, Desa Sinaresmi, Kecamatan Cisolok, Kabupaten Sukabumi pada 31/12/2018. Tim SAR gabungan masih menuju lokasi bencana. Evakuasi terkendala cuaca hujan, gelap dan komunikasi. pic.twitter.com/0eVOsPP0j6
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) December 31, 2018
"Dipercayai lapan orang masih tertimbus, manakala empat mayat berjaya dikeluarkan," kata Sutopo yang dipetik oleh CNN Indonesia.
Sutopo berkata operasi menyelamat tergendala akibat hujan dengan keadaan gelap akibat gangguan bekalan elektrik menyukarkan pencarian dan akan disambung esok.
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#Indonesia
#Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana
#sukabumi
#Sutopo Purwo Nugroho
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan