awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2026
09:30 MYT
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Sheikh Hasina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Khas Dhaka atas dua kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbachal New Town. -Gambar fail/Reuters
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Khas Dhaka selepas didapati bersalah dalam dua kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbachal New Town.

Ringkasan AI
  • Sheikh Hasina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Khas Dhaka atas dua kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbachal New Town.
  • Kes melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam peruntukan plot tanah kepada keluarga dan individu terpilih dengan manipulasi peraturan agensi pembangunan bandar utama Bangladesh, Rajdhani Unnayan Kartripakkha (Rajuk).
  • Selain Sheikh Hasina, tiga ahli keluarganya, Radwan Mujib Siddiq, Tulip Rizwana Siddiq, dan Azmina Siddiq turut disabitkan kesalahan, dengan hukuman penjara serta denda yang dikenakan oleh mahkamah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Rabiul Alam dari Mahkamah Khas Dhaka-4 menjatuhkan hukuman lima tahun bagi setiap kes, dengan jumlah keseluruhan 10 tahun penjara.
Menurut kertas pertuduhan, kes berkenaan melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam proses peruntukan plot bersaiz 20 katha dan 10 katha kepada ahli keluarga dan individu terpilih, yang dipercayai dilakukan dengan memanipulasi peraturan Rajdhani Unnayan Kartripakkha (Rajuk), agensi pembangunan bandar utama Bangladesh.
Suruhanjaya Anti-Rasuah (ACC) memfailkan kedua-dua kes pada 13 Januari 2025 sebelum mengemukakan pertuduhan penuh pada 10 Mac 2025.
Turut disabitkan kesalahan ialah tiga ahli keluarga Hasina — Radwan Mujib Siddiq, Tulip Rizwana Siddiq (Ahli Parlimen Britain), dan Azmina Siddiq.
Radwan dan Azmina masing-masing dijatuhi tujuh tahun penjara, manakala Tulip menerima empat tahun penjara (dua tahun bagi setiap kes).
Mahkamah turut mengenakan denda 100,000 taka (kira-kira RM3,220) ke atas setiap pesalah, dengan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Keputusan dibacakan sekitar 12.30 tengah hari waktu tempatan, menurut agensi berita rasmi BSS.
Perbicaraan berlangsung dalam suasana politik tegang susulan penggulingan kerajaan Hasina pada Ogos 2024, selepas protes besar-besaran di seluruh negara.
Sejak melarikan diri ke India, Hasina telah beberapa kali diisytiharkan sebagai pelarian politik oleh mahkamah.
Kerajaan interim pimpinan penerima Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, sedang melaksanakan siri tindakan undang-undang terhadap Hasina serta bekas anggota kabinet dan pemimpin parti Awami League.
Sepanjang perbicaraan, mahkamah mendengar keterangan 31 saksi, termasuk pegawai penyiasat ACC, Afnan Jannat Keya.
Pemerhati menyifatkan kes ini sebagai sebahagian daripada tindakan menyusun semula institusi di bawah pentadbiran sementara, walaupun penyokong Hasina mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, oleh Mahkamah Khas Dhaka? A: Sheikh Hasina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, lima tahun bagi setiap kes rasuah berkaitan peruntukan plot tanah kerajaan di bawah projek Purbachal New Town.
  • Q: Siapakah individu-individu yang turut disabitkan kesalahan bersama Sheikh Hasina dalam kes rasuah tersebut? A: Tiga ahli keluarga Sheikh Hasina, iaitu Radwan Mujib Siddiq, Tulip Rizwana Siddiq, dan Azmina Siddiq, turut disabitkan kesalahan dalam kes rasuah tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Mahkamah terhadap pesalah yang gagal membayar denda yang ditetapkan? A: Mahkamah mengenakan denda 100,000 taka (kira-kira RM3,220) ke atas setiap pesalah, dengan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Topic Berkaitan
#Sheikh Hasina
#Purbachal New Town
#bekas PM Bangladesh
#hukuman penjara 10 tahun
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.