awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut dalam tembakan di Tebing Barat

Bernama
Bernama
21/06/2023
06:12 MYT
4 maut dalam tembakan di Tebing Barat
Pihak berkuasa Israel mengeluarkan kenyataan menggesa penduduk penempatan Eli kekal di rumah selain mengunci pintu dan tingkap. - Gambar fail/ AP
TEL AVIV: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di stesen minyak berhampiran penempatan Yahudi di Tebing Barat pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan empat yang lain, kata tentera Israel, lapor Xinhua.
Tentera dalam satu kenyataan berkata dua lelaki bersenjatakan raifal M16 tiba dengan sebuah kereta di stesen minyak bersebelahan dengan penempatan Eli dan melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang duduk di sebuah restoran di situ.
Seorang daripada lelaki bersenjata telah ditembak dan dibunuh oleh orang awam di tempat kejadian. Seorang lagi melarikan diri mencetuskan pemburuan termasuk sekatan dibuat di kawasan itu, kata tentera.
Pihak berkuasa Israel mengeluarkan kenyataan menggesa penduduk penempatan Eli kekal di rumah selain mengunci pintu dan tingkap.
Sementara itu, perkhidmatan penyelamat Magen David Adom Israel dalam satu kenyataan berkata empat kematian diisytiharkan di tempat kejadian manakala empat yang lain cedera.
Stesen penyiar Israel, Kan TV melaporkan bahawa lelaki bersenjata yang terbunuh dikenal pasti sebagai anggota Hamas Muhand Shada, 25, penduduk Kampung Urif berhampiran bandar Nablus Tebing Barat.
Serangan itu berlaku sehari selepas tentera Israel membunuh enam rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak berusia 15 tahun dan mencederakan sekurang-kurangnya 90 yang lain, dalam pertempurandi Jenin di utara Tebing Barat. .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Tebing Barat
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan