LEBIH 5.96 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.18 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 826 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 384 juta dos.

Brazil mencatat lebih 223 juta dos sementara Jepun dan Jerman masing-masing 153 juta dan 105 juta dos.

Turki dan United Kingodm pula catat lebih 105 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 125 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta, manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.