Skip to main content

Dunia

5 cedera dalam letupan bas di Kaherah

51388070666_295x200.jpg
Lima cedera  manakala seorang daripada mangsa parah apabila sebuah bas awam meletup dalam  serangan bom terbaru di Kaherah.

Ia berlaku dua hari selepas serangan yang sama berhampiran balai polis dekat Mansoura.

Insiden berlaku  di hadapan universiti Al-Azhar dekat Nasr City, sehari selepas kerajaan mengisytiharkan pengharaman Ikhwanul Muslimin.

Siasatan awal mendapati letupan  berpunca dari bom buatan sendiri.

Tidak jauh dari lokasi kejadian pihak berkuasa kemudiannya menemui satu lagi bom yang dipasang pada papan iklan.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Advertisement

Must Watch Video