awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan
MALAYSIA
Kilang perabot musnah terbakar di Bukit Rambai
DUNIA
Trump tandatangan perintah eksekutif tamatkan sekatan ke atas Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

5 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Tokyo

Bernama
Bernama
06/04/2025
12:26 MYT
5 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Tokyo
Kementerian Luar memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi berkenaan. - Gambar fail/Bernama-Kyodo
KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua bas pelancong di Lebuhraya Chuo di Hachioji, barat Tokyo pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi berkenaan.
"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima orang warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas itu.
"Kesemua mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setelah menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital, mereka telah dibawa pulang ke hotel mereka," menurut Kementerian Luar.
Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa insiden itu berlaku kira-kira 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke. Kemalangan itu membabitkan dua bas yang membawa 47 penumpang, kebanyakannya warga asing yang dalam perjalanan bersama dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas melanggar bahagian belakang bas di hadapannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#pelancong
#warga asing
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami