awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 maut, ratusan ribu terjejas akibat banjir, tanah runtuh di India

Agensi
Agensi
21/08/2022
12:18 MYT
50 maut, ratusan ribu terjejas akibat banjir, tanah runtuh di India
Sebuah jambatan yang runtuh di Kangra, Himachal Pradesh akibat banjir. - ANI via REUTERS
LUCKNOW/BHUBANESHWAR: Banjir dan tanah runtuh yang melanda utara dan timur India sejak tiga hari lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang.
Ribuan kediaman musnah menyebabkan penduduk terkandas sementara pasukan penyelamat berusaha memindahkan mangsa yang terselamat.
Antara yang terjejas adalah perkampungan Himalaya, Himachal Pradesh yang menyaksikan sekurang-kurangnya 36 orang maut, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada Reuters.
Di negeri pergunungan yang bersebelahan, Uttarakhand, kenyataan rasmi kerajaan melaporkan empat maut dan 13 lagi masih hilang.
"Kami telah mengerahkan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di kawasan terpencil. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan," kata Ranjit Kumar Sinha, pegawai di Jabatan Pengurusan Bencana Uttarakhand.
Di Odisha, hampir 800,000 penduduk terjejas apabila bekalan elektrik dan air bersih terganggu, malah infrastruktur seperti jalan raya juga rosak teruk.
Di daerah Ramgarhm, Jharkhand, lima mangsa dihanyutkan air Sungai Nalkari yang melimpah pada Sabtu.
Empat mayat telah ditemui setakat ini, manakala usaha mencari seorang lagi diteruskan.
Topic Berkaitan
#banjir
#India
#tanah runtuh
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan