awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

54,000 liter cecair pembasmi kuman diguna setiap hari untuk bersihkan Masjidil Haram

Agensi
Agensi
02/08/2020
15:03 MYT
54,000 liter cecair pembasmi kuman diguna setiap hari untuk bersihkan Masjidil Haram
Lebih 3,500 pekerja menggunakan sekurang-kurangnya 95 peralatan moden untuk mengerjakan proses pembersihan. - Gambar AP
SEBANYAK 54,000 liter cecair pembasmi kuman digunakan setiap hari untuk membersihkan Masjidil Haram pada musim haji tahun ini sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
Portal Al-Arabiya melaporkan, Ketua Umum Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memberitahu, operasi itu membabitkan seramai 3,500 pekerja sejak beberapa hari lalu yang membersihkan bahagian dalam dan luar masjid sehingga 10 kali sehari.
Bilangan jemaah bagi musim haji tahun ini dikecilkan kepada hanya 10,000 jemaah yang dibenarkan berada dalam tanah suci itu susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Lebih 3,500 pekerja menggunakan sekurang-kurangnya 95 peralatan moden untuk mengerjakan proses pembersihan.
"Pihak institusi menggunakan sekitar 2,400 liter pembersih setiap hari, termasuk 1,500 liter untuk bahagian permukaan dan 900 liter bagi pembersihan manual," menurut kenyataan pihak berkuasa.
Jemaah Haji di Arab Saudi kini dalam tempoh melontar jamrah sejak Jumaat lalu, salah satu kewajipan terakhir dilakukan jemaah dalam ibadat yang mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan.
Musim Haji tahun ini dilaksanakan bersama kaedah pencegahan COVID-19 termasuk mengamalkan penjarakan sosial sepanjang proses itu dijalankan umat Islam.
Topic Berkaitan
#cecair pembasmi kuman
#COVID-19
#Masjid Nabawi
#Masjidil Haram
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan