MEXICO: Pihak berkuasa Mexico memaklumkan sekurang-kurangnya 57 pelajar diracun oleh bahan yang tidak dikenal pasti di sebuah sekolah menengah luar bandar di Chiapas.
Lapor Reuters, Insiden ini merupakan kali ketiga yang berlaku di sekolah berkenaan sejak dua minggu lalu seterusnya mencetuskan kemarahan ibu-bapa.
Institut Keselamatan Sosial Mexico memaklumkan 57 pelajar remaja dalam komuniti luar bandar Bochil tiba di hospital tempatan dengan gejala keracunan.
Dalam pada itu, seorang pelajar dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke hospital lain di ibu negeri ini manakala selebihnya dilaporkan stabil.
Sementara itu, pihak berkuasa Mexico tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca tetapi media tempatan memaklumkan kejadian berlaku selepas pelajar terdedah kepada air atau makanan tercemar.
"Kami amat marah dengan peristiwa ini," kata pemimpin Bochil dalam sebuah kenyataan turut memberitahu mereka sedia bekerjasama dengan jabatan siasatan pendakwa raya negeri.
Dalam pada itu, video yang beredar di media sosial menunjukkan keadaan huru-hara dimana ibu-bapa membawa remaja berpakaian seragam sekolah ke hospital dengan jeritan cemas.
Menerusi media sosial, pejabat pendakwa raya negeri memaklumkan pihaknya telah menjalankan 15 ujian toksikologi dan semuanya didapati negatif dadah terlarang selepas laporan tersebar di media tempatan dan media sosial pelajar terbabit diuji positif kokain.
Dalam video Facebook menunjukkan, puluhan ibu bapa berkumpul di gelanggang bola keranjang sekolah menengah itu dan menuntut jawapan daripada pihak berkuasa, manakala anggota polis dengan perisai hanya berkawal.
Seorang lelaki dalam video itu berkata, anak perempuannya diracun dan diuji positif kokain di makmal swasta bersama pelajar lain.
Pejabat pendakwa negeri bagaimanapun tidak menjawab soalan mengenai ujian toksikologi seterusnya atau peristiwa keracunan sebelum itu.
Sejak 23 September lalu, media tempatan melaporkan dua kes keracunan membabitkan kumpulan besar di bandar Tapachula yang menjejaskan berpuluh-puluh pelajar.
Faida Rahim
Sun Oct 09 2022

Video yang beredar di media sosial menunjukkan keadaan huru-hara dimana ibu-bapa membawa remaja berpakaian seragam sekolah ke hospital dengan jeritan cemas. - Foto Twitter @Tabalminutomx

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'El Chapito' remaja 14 tahun bunuh lapan orang ditahan polis
Jabatan Keselamatan Awam Amerika Utara mengumumkan penahanan itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.

Piala Dunia 2026: FIFA sahkan AS, Mexico, Kanada layak secara automatik
Ketiga-tiga negara itu beroleh hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam bidaan mewakili Amerika Utara.

Seorang maut, 57 cedera kereta api bertembung di Bandaraya Mexico
Dua kereta api berlanggar di laluan metro ketiga di Bandaraya Mexico.

29 maut di Mexico susulan penahanan anak raja dadah El Chapo
Ovidio Guzman ditahan kerana pelbagai jenayah termasuk memiliki senjata secara haram dan cubaan membunuh.

Mexico: Penjara diserang, jumlah kematian meningkat kepada 17 orang
Jumlah kematian dalam insiden serangan di penjara Mexico di bandar Ciudad Juarez di utara Chihuahua kini meningkat kepada 17 orang termasuk 10 pengawal penjara.

14 maut dalam serangan bersenjata di penjara Mexico
Daripada jumlah yang terkorban, 10 adalah pengawal penjara manakala empat lagi banduan.

4 kanak-kanak antara 15 maut dalam nahas bas di Mexico
Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesemua mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Empat tengkorak manusia dijumpai dalam bungkusan ke AS
Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.